Thursday, August 21, 2008

Malam Simfoni Kesyukuran

10.00 p.m | design by : QayyumDAINURII

Syuqur Alhamdulillah, show malam tersebut di UIA berjaya dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Saya dan sahabat-sahabat seperjuangan saya, Dainurii sempat datang pada malam tersebut. Tidak lupa juga, In-Heart juga menyemarakkan pada malam tersebut. Mereka hanya sebagai audience sahaja. Sucess untuk UIAM.

Marilah beramai untuk menyambut Kemerdekaan Malaysia ke51 dan Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh kesyukuran! Tambah meriah dengan kemunculan 7 artis nasyid popular tanahair seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, NowSeeHeart, Saujana, Far East, Syifa. Bukan senang nak dapat peluang macam ni!

Tarikh: 27 Ogos 2008 (Rabu)

Masa: 8.30 malam

Tempat: CAC Hall IIUM Gombak

Pakat datang beramai - ramai bagi memeriahkan Malam Simfoni Kesyukuran

Sunday, August 17, 2008

Show di PICC

Kelab Zapin dari Universiti Kuala Lumpur mempersembahkan tarian mereka yang unik itu.

10.30 p.m | design by : QayyumDAINURII
Persiapan untuk show petang itu diblik persalinan tetapi ade sedikit masalah so terpaksa dibatalkan terus.

12.30 a.m | design by : QayyumDAINURII

Alhamdulillah, pagi tadi sampai la lewat petang ada konvo di PICC. Kami show tertangguh tadi disebabkan pihak yang berkenaan mengatakan microfon hanya ada 1 sahaja, so show ringkas kami tertunda pada keesokan harinya. InsyaAllah, kami akan bawa 2 buah lagu sahaja disesabkan masa terhad. Tadi berlangsung tarian zapin, nyanyian dan sebagainya.

Tuesday, August 12, 2008

Selingan

3.30 am | design by: QayyumDAINURII

Syukur pada Allah swt kerana siap satu design cikai bertemakan " Selamat Berpuasa " bagi 1429H ini. Ini sahaja hadiah yang dapat saya berikan pada anda semua. Inilah hasilnya. Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat seluruh negara amnya. Tingkatkan keIMANan anda di bulan yang teramat mulia ini. Syuqran jazilan kathira.

2.15 am | design by: QayyumDAINURII

Syuqran, siap satu simple coretan hati saya yang lemah ini. Sekadar poster terbaru dari saya untuk tatapan muda remaja yang baru mengenali kami, Dainurii. Agak terlalu awal untuk melonjak tinggi keatas. Doakan kami sebagai penasyid yang bagitu mentah didalam industri. Jazakallah.

11.30 pm | design by: QayyumDAINURII

Pose semasa sesi photography di studio. Posisi angle oleh 4 pelajar multimedia. Imej ini ditambah oleh image lighting sedikit di tengah. Inilah hasilnya. Sekadar suka-suka, bukan professional sangat.

Monday, August 11, 2008

Inilah KuasaNya

Ini contoh fine art untuk projek saya sem ni. Inilah hasilnya. Saya guna D80, Nikon. Syukur alhamdulillah, siap dah sepenuhnya cuma nak print dan hantar. Photografi sudah semakin minat didalam diri saya setelah saya mengambil subjek photography sem ini.


10.15 pm | design by: QayyumDAINURII
Salam ukhwah semua. Actually, segala karya saya lebih kepada nature seperti ini. Berkemungkinan hati dan naluri saya lebih kepada itu.

Sunday, August 10, 2008

Main paint ball di Petaling Jaya

Persiapan sebelum main paint ball pada 10 ogos 2008. Kami bayar RM 10.00 sahaja. Ada 30 peluru cat yang diberikan pada kami. Saya sempat tembak kawan saya 2 kali. Pertama kali ni main, terus jadi gian la pulak, tapi ok la..hanya riadah hujung minggu.

Bersama musuh ketat, Nabil Ihsan semasa didalam gelanggang. Permainan ni memang mencabar sedikit, siapa lari style open, dia kene tembak la. Kami bermain 3 sebelah dan bergabung bersama sekumpulan wanita dari UiTM, Shah Alam. kebetulan group kami sedikit pasukan so instructor suruh kami bergabung 1 team ramai-ramai. Selepas jer main, kami kenal-kenalan / sesi ta'ruf antara satu sama lain di sebuah restoran di Kerinchi, Kuala Lumpur.

Saturday, August 9, 2008

Ya Allah...ku inginkan isteri yang solehah. Penawar dan pengubat hatiku yang lara.

Ya Qarim...aku berlindung dari api nerakaMu...aku berserah segala jasadku padaMu...ku tadahkan tangan memohon keampunanMu Ya Allah...Kau kurniakanlah isteri yang solehah kepadaku dimasa kelak...Kau kabulkan doaku ini walaupun sehinanya aku begini...amin ya robbil a'lamin...

Kurniakan daku wanita seperti ini...sentiasa mendoakan daku siang mahupun malam...

Friday, August 8, 2008

Igauan Silam 2007/08

Saudara Izhan dan Mustakim, anggota Dainurii yang pergi ke show di UiTM Shah Alam baru-baru ini bagi memeriahkan majlis tersebut.

Gambar diatas ketika ke Singapore, Bandaraya Singa. Pergi sana memang seronok, suka tengok tempat orang. Alkamklumlah, pergi pun seharian jer, kami menginap di UTM, Skudai. InsyaAllah, plan nak kesini lagi tp disana memang mahal sangat barang dia. Mestilah berjimat selalu kalau nak kesana.

Program semasa ke Pusat Serenti Sg. Besi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Malam itu, kami dihiburkan dengan show Saujana. Saujana ketika itu masih belum mengenali saya lagi.


Bersama Inteam pada tahun 2007 semasa show di UKMKL. Sengaja bergambar kerana terlalu cintakan nasyid. Syukur pada Allah swt kerana memberi peluang bergambar walaupun sekejap. Akhi-akhi Inteam memang baik dan peramah. InsyaAllah, ada masa kita boleh jumpa lagi di lain masa kelak.

Sebuah akhbar tempatan sewaktu saya bergiat bersama Kelab Perkim UniKL suatu ketika dahulu. Sebenarnya, saya tidak langsung mengetahui ada kamera disitu. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih ada orang sanggup beramal untuk membebankan rakyat yang miskin dan sebagainya. Terima kasih jua kepada pihak Perkim Kebangsaan dan Kelab Perkim UniKL sesi 2008. Saya terhutang budi dibuatnya. Jazakallah kathira semua yang terlibat.

Bergambar bersama Ustaz Asri dari Rabbani semasa program Maulidur Rasul 1429 H lepas. Saya sebagai pengarah program sengaja menjemput ustaz kerana kami yakin ustaz mampu memberikan yang terbaik. terima kasih ustaz. InsyaAllah kami jemput lagi.

Errmm..ni bersama Frizdan dari Inteam Record Sdn. Bhd. Walaupun kami kali kedua berjumpa, beliau masih tidak mengenali saya lagi. Apa pun, saya mengucapkan gud luckz pada beliau kerana membuat lirik kesukaan ramai iaitu "PemergianMu" dan "Detik Kematian" dari Inteam. Tahniah diucapkan kepada saudara.

Terakhir sekali, wajah-wajah anak gemilang di AMIN, PICC pada 24 Julai 2008. Kami dari Dainurii mengucapkan tahniah kerana berjaya membuat suatu program berprestij seluruh negara. Dari kiri, Faizul, Izhan, Qayyum dan Mustakim. Zik dan Rifa'iee tidak hadir pada malam tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Alhamdulillah, memoriku kembali teringat pada kisah-kisah silam bersama mereka-mereka diatas. Syukur kerana dikurniakan ingatan yang mendalam serta kesihatan yang berpanjangan. Syuqran atas memori tersebut. InsyaAllah, kalau ada lagi saya akan kepilkan disini.

Wednesday, August 6, 2008

Lawatan ke Astro

Alhamdulillah pada 5 Ogos 2008 lepas, saya dan sahabat saya ke Astro bagi mengisi masa lapang dan sekaligus mendapat input beserta pengalaman baru disana. Gambari diambil oleh saudara Shahidan Wahab.

Insoft bertukar nama?

Kenangan gambar pada tahun 2007

Salam muhibbah kepada semua. Insoft sekarang bertukar nama dan imej. Dahulunya dikenali sebagai
Insoft tetapi ditukar kepada DAINURII atas sebab-sebab berikut. DAINURII bermaksud "Pembahagian Nur Cahaya". DAINURII akan kekal sebagai kumpulan nasyid Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sebagai platform untuk terus berjaya didalam dunia nasyid mahupun pelajaran. Syukur pada Allah swt kerana mengekalkan nama Insoft satu ketika dahulu.

DAINURII dengan ahli kumpulan seperti Faizul Khairi, Qayyum Mukhtar, Zik, Rifa'iee [Damai Nurani], Mustakim dan Izhan Ishak. Kami berenam akan berentap di pentas dan sekaligus berdakwah kepada sahabat semua. Doakan perjalanan kami didunia mahupun diakahirat nanti. Jazakallah.