Wednesday, January 21, 2009

Majlis Anugerah Siswa Universiti 2008



Salam kepada pembaca budiman. Semalam (20 Januari 2009) berlangsung satu Majlis Anugerah Siswa Universiti 2008 di Universiti Kuala Lumpur, British Malaysia Institute (BMI). Kami memenangi Kelab & Persatuan Terbaik 2008 bagi Kelab Perkim, gambar diatas saya (kanan sekali) dan YDP kelab, saudara Mustakim (kanan sekali) dan Ustaz Norsazali Abdullah selaku penasihat kelab. Syukur alhamdulillah atas kepercayaan ini.

Persediaan kumpulan Zapin dan Kelab Suara (saudara Syafiq dan saudari Diana) dari UniKL City Campus sebelum membuat persembahan. InsyaAllah ditahun akan datang, kami akan bertungkus lumus bagi menjayakannya seperti apa yang kami dapat sekarang. Amin..