Tuesday, September 29, 2009

Khat Dari Sahabat



Selepas diedit olehku

Khat tulisan tangan namaku dari sahabat saya di Sarawak ( permatakhat.blogspot.com)

Khat yang ditempah oleh Jakim Sarawak. Masih belum siap sepenuhnya.

Monday, September 28, 2009

Tahniah Sahabatku

Hafiz, Zul dan Wan

Sekalung tahniah dariku buat sahabatku yang telah mendirikan masjid pada 27 September 2009.

Monday, September 21, 2009

Lebaran 1430H

Lebaran Pertama

Keluarga besarku di pagi Syawal 1430H

Bakal pelajar Mesir bersama ibu tercinta

Di pelamin saudara yang berkahwin pada raya ke -5

Salam kepada pembaca budiman dan prihatin pada blog saya. Syuqran jazilan saya ucapkan. Semalam, 20 September 2009 saya sempat bergambar bersama salah seorang pemain drum kumpulan CODA yang sudi datang beraya kerumah saya. CODA ini artis dibawah Siti Nurhaliza Production (SNP). Nama sebenar beliau Ezanear Baba Ahmad, nama samarannya Ijam dari Kuala Lumpur. Sekarang beliau drummer kumpulan Bunkface buat sementara waktu kerana Bunkface kekurangan anggota.

Lebaran Kedua

Hari lahir emak saudara

Lebaran Ketiga

Beraya dirumah Taqie NICE. Terima kasih kepada Taqie kerana sudi menjemput saya dilebaran ketiga. Mesti berbalas syeikh, enta wajib datang ke rumah ana pula.

Lebaran Keempat

Reunion sahabat saya di rumah sahabat saya yang lain

Tahniah kepada sahabat saya, Norzeela Binti Nawi dan pasangannya

Antara hantaran mereka

Thursday, September 17, 2009

Kehadiran Syawal 1430H

Kad raya khas dari Qayyum
(klik untuk gambaran lebih besar)

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuaan kemaafan kepada seluruh pembaca blog saya yang tidak seberapa ini.Moga kalian mendapat barakah disetiap apa yang kita lakukan. InsyaAllah raya tahun ni, seperti raya-raya tahun lepas (kerumah saudara mara, 'bakal zaujah' di Pasir Mas Kelantan dan sahabat handai sekitar Kelantan).

Maaf kepada saudara Razin Mestica kerana saya tidak sempat kesana setelah dijemput 2 kali raya (2 tahun) sudah sebab dengan masalah sedikit. InsyaAllah jika tidak raya pun, saya akan kesana juga. Jika berkesempatan, saya juga akan kerumah taqie NICE, Ustaz Amiri Ab. Ghani (pensyarah KIAS) dan Abang Azwan Far East serta ramai lagi. Sahabat-sahabat di Komuniti teman Inteam (KTI) juga tidak ketinggalan yang berada di Kelantan, Aliff, myinteam, nailorfa87, are_islam
dan ramai lagi. Tidak lupa juga sabahat saya di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan, saudari Aadilah (RO) , Amalina (UM), Baini dan Nik Roslina (UUM).

Saya menghulurkan 10 jari saya memohon keampunan segala salah silap apa yang saya lakukan selama kita berukhwah. InsyaAllah semoga diampunkan Yang Maha Pencipta.


Seribu kemaafan kuselitkan dengan kata pujangga
mengungkapkan kata rindu sang jauh
tercalit rasa sayang pada penerima kad ini.

Kenangan terindah bersama
menyelusuri liku-liku duniawi
yang begitu megah dimata manusia
dek kerana terpesongnya aqidah

Dibulan yang penuh barakah
daku hulurkan rasa keinsafan
memohon kemaafan, kuhulurkan 10 jari jemariku
tanda kehinaan pada diri

Ramadhan menghilangkan dirinya
Syawal pula timbul dan terus menjelma
pohon daku lafazkan kata-kata indah
menceriakan suasana suka yang berpanjangan
Nukilan Khas : Qayyum

Tuesday, September 15, 2009

Bagaimana Puasa Kita?

Salam pembaca budiman, hiduplah kamu dengan aman, tingkatkan diri dengan taqwa dan iman. Persoalkah diri kita sendiri? Adakah kita semata-mata berpuasa kerana adat atau agama? Kalau kita memilih adat, seperti inilah 'kita' dan apabila kita memilih agama, puasa ini hanya ujian seketika sahaja. Bagi saya, berpuasa meringankan kita untuk beribadat kepada Allah SWT. Bila perut kenyang, ibadat entah kemana, pahala berlipat kali ganda ini terlepas begitu sahaja. Padahal Allah SWT telah menetapkan kita bahawa rebutlah peluang dibulan Ramadhan.

Sudah 25 Ramadhan hari ini, tinggal beberapa hari untuk Ramadhan melabuhkan senjanya. Adakah kita sempat untuk menunggu Ramadhan tahun hadapan? Allah SWT bila-bila masa sahaja boleh menarik nyawa kita tanpa lambat atau cepat. Cuma kita sahaja tidak menyedarinya. Renungkanlah sahabat. Bayangkan ini Ramadhan yang terakhir buat kita.
Sekadar perkongsian saya sahaja. Syuqran jazilan.

Monday, September 14, 2009

Memburu Malam Kemuliaan Lailatul Qadar

Puncak keistimewaan luar biasa bulan ini adalah apabila diturunkan satu malam, Lailatul Qadar (malam kemuliaan) sebagai Malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan (Surah al-Qadr, ayat 3). Sesiapa sahaja yang berpuasa pasti amat berhasrat untuk menjumpainya. Bila Lailatulqadar itu muncul?

Lailatulqadar ini diyakini akan muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, terutamanya di malam-malam yang ganjil. Perkara ini dapat kita semak dari sebuah kisah Siti Aisyah r.a: Bila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. mengikat kuat kainnya (menambah kesungguhan ibadatnya), menghidupkan malam (dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya (untuk ikut bertaqarrub kepada Allah) (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Kesungguhan Rasulullah melakukan ibadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan dapat kita semak dari hadis berikut, seperti diceritakan Siti Aisyah r.a.: Beliau (Rasulullah s.a.w.) beribadat hingga menjelang subuh (Hadis riwayat Muslim).

Apa sebenarnya terdapat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan itu sehingga Rasulullah begitu tekun meningkatkan kuantiti (bilangan rakaat) dan kualiti (kekhusyukan dan tawaduk) ibadatnya di malam-malam tersebut?

Tekun dan khusyuknya Rasulullah beribadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan tidak terlepas daripada keinginan baginda untuk menemui malam Lailatulqadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini amat jelas terakam dalam ayat berikut: Sesungguhnya Kami turunkan ia (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatulqadar). Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ketahuilah bahawa malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan). (Surah al-Qadr, ayat 1-3).

Lailatulqadar adalah malam kemuliaan yang memiliki nilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa sahaja yang beribadat di malam itu adalah lebih baik nilainya dengan beribadat selama 83 tahun empat bulan. Usia purata manusia yang hidup di akhir zaman ini sangat jarang yang mencecah angka 70 tahun, apatah lagi 80 tahun dan seterusnya. Bahkan usia Nabi Muhammad adalah 63 tahun sahaja.

Thursday, September 10, 2009

Air mata Rasulullah – Detik - Detik Rasulullah SAW Menghadapi Sajaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “ Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak oran-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. “Rasullullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “ Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”tanya Jinril lagi. “Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”- “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirinkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita.

4 Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh.

" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah ..Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhloi
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Tuesday, September 8, 2009

Biskut Raya Yang Ditempah


Salam kepada pembaca. Biskut raya (foto) sengaja saya selitkan sempena Ramadhan yang mulia ini dan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi. Gambar diatas adalah biskut kacang dan london nut buatan mak. Snowy juga ada untuk dijual. Segala resepi biskut, mak sedara yang pandai membuatnya.

Selamat Pergi dan Pulang

Gambar ketika adik Madihah di pesta buku PWTC 2009

Sekalung tahniah kepada adik Nik Nur Madihah Bt. Nik Mohd Kamal kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di Jordan pada 14 September 2009. Sama-sama kita doakan pemergian dan kepulangan beliau ketanah air yang tercinta ini.

Saya terima SMS darinya seawal jam 3 petang semalam.
Terkejut dan terperanjat kerana terlalu awal beliau berangkat. Tidak sempat untuk saya ungkapkan kata-kata tahniah kepadanya. InsyaAllah jika berkesempatan, hari 10 September saya akan kerumahnya buat seketika di Kelantan.

Sunday, September 6, 2009

Cetusan Kenalan Pak Cik Pyan Habib


Pak cik Pyan Habib,
sewaktu aku kecil dikau menemui ayah
entah bila masa, aku lupa
cakapmu aku dengari dari ceruk telingaku
dimanakah engkau menghilang
kucari serata dunia
bagaikan jatuhnya diri ini
dan terus bangun menerjah arus dunia

Cetusan nadiku, Qayyum.

p/s : Pak cik Pyan Habib adalah rakan karib ayah. Sewaktu kecil, beliau sering kerumah berjumpa ayah. Teruskan karyamu yang bermutu pak cik. Aku biasakan panggil pak cik kerana beliau seusia ayah. Saksikan lakonan pendek beliau, "Lumpur".



Wednesday, September 2, 2009

Imam Terawih Masjid Al-Quddus Kota Bharu

Al-Fadhil Ustaz Muhammad Amiri Bin Ab.Ghani

Pensyarah kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bagi subjek al-Quran dan ilmu Qiraat dan merangkap Penyelaras Pusat Kursus Pengajian Ilmu-ilmu Islam (PKPII), KIAS. Juga merupakan tenaga pengajar bagi Kursus Pengajian Ilmu Qiraat & Tarannum, KIAS. Beliau juga telah menerbitkan kitab yang berkaitan dengan qiraat iaitu ” Juzu’ ’Amma Menurut Riwayat Warsy Tariq al-Syatibi” dan " Nafahatul Jinan Fi Usul Riwayat Qalun".

Beliau juga pernah diundang menjadi imam terawih di Masjid Darul Makmur Yishun, Singapura 2005 – 2007. Bagi rancangan Akademi Quran (AQ)TV9, Peringkat Negeri Kelantan pada Febuari 2007 yang bertempat di Balai Islam, Kota Bharu, beliau menjadi juri bahagian Fasohah. Kelayakan akademik ;



- B.A Usuluddin Univ. Al-Azhar
- Ijazah Sanad Qiraat Sepuluh daripada Syaikh Ridha Salim Ali Sayyed Ahmad
- Ijazah Sanad Riwayat Hafs dan Qiraat Nafi' daripada al-Marhum Syaikh Mustafa bin Ahmad bin Abdul al-'Al al-Halawani.

p/s : Beliau imam terawih deakt rumah saya dan amat berbangga berjumpa dengan beliau. Bacaanya amat mempersona sekali. Anda boleh melayari blognya di Al-Tartil Centre

Tuesday, September 1, 2009

Persis Sebuah Nota

"Syukur pada Allah SWT atas kurniaan diri ini terus bernafas dibumiMu. Kadang-kadang diriku ini jauh dariMu, terpesong bagaikan dilimpah dosa yang tidak terhingga. Hadirkan hidayahMu untuk aku melengkapkan diri menjadi insan yang taat kepadaMu Ya Rob.

Diri ini tidak lengkap tanpaMu Ya Allah. Aku terus berdoa dan berdoa untuk memiliki takhta hidayah yang begitu tinggi darjatnya. Seandainya diriku ini rebah menghadap bumi, aku redha dengan pemergian diri. Aku mahu disamping kekasihMu, Muhammad SAW." Bisik hati kecilku.

Tepat jam 5 pagi ini aku bangun dari kamarku untuk bersahur seketika.
Sebelum azan subuh menjelma, aku tertarik untuk membaca kalam Allah bagi menunggu masuknya azan subuh. Alunan yang bersahaja, dengan tajwidnya yang agak kurang itu aku gagahinya juga dengan penuh kekusyu'kan pada Ilahi. Aku menadah tangan tanda aku bersyukur pada yang Maha Pencipta.

Apabila azan menjemputku bersolat, aku gagahi kakiku untuk terus mendapatkan masjid kerana aku tahu, solat berjemaah adalah terbaik bagiku. Aku adalah insan lemah selemah-lemahnya. Begitu juga ayahku yang aku merasakannya uzur, berjalan bersamaku terus ke masjid berdekatan. Adik beradikku yang masih terlelap aku kejutkan untuk solat bersama. Alangkah bahagianya bila aku melihat adikku berpakaian berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah puteh melangkah ke masjid.
Setiap langkah, ada pahalanya. Beginilah rutin harianku, semoga aku diberi hidayah serta kekuatan zahirku untuk aku mengadapMu Ya Rob.

Sebaik-baik anak pada kedua ibu bapanya adalah anak yang soleh dan solehah. Itu yang cuba aku terapkan didalam jiwa yang degil ini. Kau masukkan rasa cinta padaMu dan KekasihMu didalam jiwaku.
Ameen.