Sunday, March 28, 2010

Hari Terakhir Di Pesta Buku 2010

Alhamdulllah sudah hari terakhir rupanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC. Syukur pada Allah swt kerana memberi ruang waktu untuk saya kesana buat kali terakhir dan bersama sahabat-sahabat KTI yang lain. Ini merupakan hari yang paling istimewa dari hari-hari yang lain kerana saat inilah pertemuan terakhir bersama sahabat-sahabat KTI, bukan senang kami mahu berjumpa bersama begini. Kita lihat sahaja gambar-gambar yang sempat dirakam. Jika ingin melihat lebih banyak gambar menarik, sila ke Facebook saya.

Bersama abang Ar-Rijal KTI (kopiah kanan)

Bersama abang Syahril Inteam

Bersama Ustaz Amal

Cover album KTI & Hazamin Inteam

Thursday, March 25, 2010

Perasmian Nur Muhammad Bersama INTEAM & UNIQUE


bersama peminat dari KTI (saudari Wani)

Di pentas PWTC

Sempat menyambut hari lahir abang Syahril dari Inteam pada 25 Mac

Inteam di booth mereka D01, pesta buku 2010

Sunday, March 21, 2010

Sekitar Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010


Syukur pada Allah SWT kerana memberi kelonggaran untuk saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC. Saat saya sibuk menimba ilmu, sempat juga saya melepas peluang untuk melawat pelbagai gerai-gerai yang terpamer di sana walaupun seketika. Pesta Buku ini bermula dari 19 - 28 Mac 2010. InsyaAllah orang ramai boleh hadir kesana untuk mendapatkan buku-buku atau produk-produk ilmiah yang lain. Gambar ini diilham oleh abang Amin Inteam sendiri. Anda juga boleh melawat booth Inteam Publishing di gerai bernombor D01, berhampiran pintu masuk PWTC (kalau dari arah stesen bas Putra).

Kenangan abadi bersama Inteam

Wednesday, March 17, 2010

ALBUM NUR MUHAMMAD - INTEAM & UNIQUE


Sempena dengan bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, bulan Rabiul Awwal ini, pihak Inteam Records dengan kerjasama UNIQUE Nasyeed & Training Consultant telah menerbitkan sebuah album Selawat dan Qasidah berjudul NUR MUHAMMAD.Album ini mengandungi 13 track yang terdiri daripada 10 lagu Selawat dan 3 alunan Qasidah.Album ini menampilkan Kumpulan Inteam dan Kumpulan Unique serta undangan saudara Syam dan Suhaimi. Album Nur Muhammad turut memuatkan kuiz yang menawarkan hadiah percutian ke Beijing bersama kumpulan UNIQUE.

Monday, March 8, 2010

Pesta Buku Antarabangsa PWTC


Tarikh :
19/3/2010 sehingga 28/3/2010


Masa :
10.00 pagi - 8.00 malam ( isnin-khamis )

10.00 pagi - 9.00 malam ( jumaat-ahad )

Lokasi :
Booth D01 ( booth Galeri Ilmu thn lepas )

Wednesday, March 3, 2010

Show Di Taman Tema Air Splash

Satu Persembahan Nasyid Amal SUF'FIAN bersama ADVICE dan ELHAM yang akan diadakan di Taman Tema Air Splash bersebelahan Kota Darul Naim pada hari Sabtu ini iaitu 06 Mac 2010 dari jam 4.30 hingga 6.30 petang. Semua dijemput hadir untuk menyaksikan persembahan yang memberikan santapan rohani kepada kita.