Tuesday, April 27, 2010

ALBUM SAAT LAFAZ SAKINAH (HALAWATUL IMAN 2) - FAREAST

Kumpulan nasyid FAREAST kini tampil lagi dengan album terbaru mereka, SAAT LAFAZ SAKINAH. Album ini masih meneruskan konsep tarannum, sama seperti album mereka sebelum ini.

Keistimewaan album ini terletak pada konsep tarannum yang telah disegarkan dengan elemen-elemen baru yang mantap.

Pembelian untuk album ini telah dibuka di laman www.inteammobile.com

Terhad untuk 200 orang pertama, album ini dapat dimiliki dengan harga RM 23.00 sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

SAAT LAFAZ SAKINAH~

Friday, April 23, 2010

Selamat Menempuh Ujian Terakhir Di Pentas Pengajian

Salam pembaca yang dikasihi sekalian. Setelah lama tidak diupdate, kali ini post cabaran menghadapi peperiksaan akhir bagi pelajar-pelajar IPT yang sedang dan akan tiba tidak lama lagi. Saya juga berdoa semoga sahabat-sahabat semua terus tekun dan study smart sebelum menempuh ke alam peperiksaan. Tidak lupa kepada pelajar-pelajar tahun akhir yang bertungkus lumus membuat thesis juga tidak ketinggalan. Selamat berjaya saya ucapkan.

Tuesday, April 13, 2010

Far East - Halawatul Iman II : Saat Lafaz Sakinah

Nantikan kemunculan album terbaru Far East
Halawatul Iman II: Saat Lafaz Sakinah
Sumber : Far East

Monday, April 12, 2010

Tutuplah Tubuhmu Wahai Para Wanita


Cuba kita selami situasi ini :

Wanita : Ustaz, kenapa kami kaum wanita kene tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit saja. Adil ke ustaz?

Ustaz : Cik tahu tak berapa jarak matahari ke bumi?

Wanita : Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pula? Bagaimana soalan saya tadi?

Ustaz : Cuba cik bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinci rapat, apa agaknya akan terjadi pada kita?

Wanita : Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz.

Ustaz : Jadinya, cik setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak, sudah tentu kita tak boleh hidup didunia ini. Bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya.

(wanita berfikir seketika)

Wanita : Benar kata ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Berkuasa.

Ustaz : Jika demikian, mengapa cik boleh timbul sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah SWT dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini dan lelaki begitu?

Wanita : hmmm, ye tak ye jugak ustaz. Tak patut saya rasa begitu. Astagfiruallah Ala'zim.


p/s : Mudah-mudahan cerita diatas dapat mengubah persepsi masyarakat khususnya wanita dalam berjilbab/menutup aurat. Semoga dakwah kecil saya menyampaikan maklumat seperti ini diterima Allah.

Saturday, April 10, 2010

Tahniah Adikku Heiqal Attar

Seusai solat hari raya 2009

Dihadapan rumah bakal kakak iparnya

Heiqal bersama ibu tercinta

Gambar hiasan (Hijjaz di Universiti Al-Azhar)

Salam tahniah dari abangmu pada Heiqal yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir pada bulan 9 ini. Abang juga ucapkan selamat pergi dan pulang menjadi ustaz yang berguna pada umat Islam khususnya di Malaysia ini. InsyaAllah jika tiada aral melintang, abang Qayyum, ibu serta ayah akan ikut Heiqal ke Mesir untuk sesi penghantaran kesana. Tahniah abang ucapkan. Jangan lupa solat.

Tuesday, April 6, 2010

Kehidupan Yang Hakiki Kerana Allah SWT

"Bila dilihat diriku yang dulu,terasa jauh dari Allah SWT. Kini aku kembali seperti aku yang sekarang." Persis diri ini seketika. Saya kembali kezaman era baru yang disana sini keadaan tercabar. Fikiran saya terus melayang teringat kisah zaman muda belasan tahun yang lampau. Masih terbenak dihati saya bila suasana dahulu amat berbeza sama sekali. Alangkah indahnya disaat itu berpanjangan dan tidak mengubah waktunya. Mungkin waktu ini saya masih bermain alat-alat kampung, mungkin saya masih dimanja-manja oleh ibu ayah, mungkin masih bersekolah dan bergaul mesra bersama teman-teman dan mungkin juga saya bebas buat apa sahaja. Semua kemungkinan itu saya jadikan satu impian semata-mata dan disalurkan pada anak-anak saya kelak. Itu maksud kehidupan yang sebenarnya.

Bila direnung masa akan datang, tidak tercapai dek akar fikiran kerana pemikiran kita terbatas dan ada hadnya. Rancangan kehidupan manusia diatur elok oleh Yang Maha Esa, Allah SWT. Kita patut bersyukur atas kurniaan hidup yang diberi. Curahan hati diawal pagi, Selasa, 4:20 am.

Thursday, April 1, 2010

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!

Ini ada artikel menarik mengenai sejarah April Fool yang disambut di Barat terutamanya. Berhati-hatilah kerana tujuan sambutan April Fool adalah bukan sekadar bersuka ria, ada peristiwa disebaliknya yang kita tidak ambil peduli.

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’. Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.