Thursday, October 13, 2011

InsyaAllah Sambung Belajar!

Salam kepada pembaca yang budiman. Tahun depan bermula status saya sebagai pelajar kembali setelah 7 bulan sebagai status bekerja. Pengajian saya ini diperingkat Master of Sciences di USM Kubang Kerian. Pada mulanya saya berfikir dua kali untuk menerima tawaran ini tetapi atas desakan dan semangat ayng kuat dari keluarga, saya bertekad untuk menyambung pengajian saya diperingkat seterusnya. Memandangkan impian saya untuk bergelar pensyarah universiti, semoga berjaya.

Perjalanan saya yang agak jauh, penuh duri dan berliku bakal ditempuh tahun depan. Didalam keluarga, adik perempuan saya sudah melangkah ke peringkat Sarjana. Adik berada di UPSI (Master of Education), sekarang beliau di semester kedua. Tujuan kami menyambung pengajian adalah untuk membantu mak ayah dan adik-adik serta memberi semangat untuk terus berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Ilmu tidak pernah pudar mahupun hilang. Lagi kita menambah ilmu, dari situ kita dapat mengenal dunia dan terus manfaatkan dunia ini untuk kepentingan ummat.

2 comments:

Naji Mahat said...

good luck!

Muhammad Qaf Qayyum Mukhtar said...

hee..terima kasih Dr. Naji atas ucapan..saya dapat juga tawaran tapi depend on time juga nak sambung sebab komitmen pada keluarga lebih penting..