Sunday, October 9, 2011

Santapan Malam di Bora Ombak, Ampang KL

Alhamdulillah pada 6 Oktober 2011 (Jumaat) yang lepas, saya dan 2 orang kawan bersama Pak Su (Nik Azmi Consultant Designer) sempat ke Bora Ombak di Ampang KL. Kami tiba di Bora tepat jam 9.30 malam. Suasana di Bora Ombak memang berbeza dengan restoran melayu yang lain kerana ianya berkonsepkan ala-ala Bali. Setiba saya disana, agak terkejut kerana suasananya amat cantik dan instrumental sahaja. Sesuai untuk keluarga dan pasangan suami isteri yang inginkan 'privacy' dan menenangkan fikiran.

Jika ada kelapangan, saya akan mengajak isteri dan keluarga datang bertandang ke restoran yang serba ada dan indah dengan permandangan yang cukup romantis. Iringan muzik juga membuatkan suasana menjadi hidup. Untuk pengetahuan pembaca, Didi (ex-Akademi Fantasi) pernah menjadi penghibur di restoran ini suatu ketika dahulu, sebelum beliau ke AF.

No comments: